PRODUK UNIK !!!

Selasa, 6 November 2012

AHLI-AHLI KUMPULAN

AZHAR BIN AMRAN
205987



MOHD KHAROL ANUAR BIN MAT DERAOUF
206854


AHMAD BAZLI HAFIZ BIN ABD LATIF 
206661


MUHAMMAD ARIF AZFA BIN MOKHTAR
206961


HANNAN DHIYAUDDIN BIN HAMDAN
207312



KASUT YANG BERGIGI

Kasut sekarang memang mempunyai pelbagai reka bentuk yang unik dan menarik, sesuai dengan peredaran fesyen masa kini. Kami pernah kongsikanpelbagai jenis kasut yang unik dan menarik contohnya kasut tumit tinggi dengan rekaan yang sangat cantik dan unik ini. Post kali ini kami nak kongsikan gambar kasut yang ada gigi rekaan artis dari British, Mariana Fantich dan Dominic Young. Sangat unik dan menarik rekaan mereka ini geli pun ada.



tapak gigi ni mesti cengkaman lagi kuat



Terdapat lebih 200 gigi yang digunakan.



Tapak dipenuhi dengan gigi.



SOFA YANG UNIK

Jika sebut perabot, adakalanya orang akan terus mengingati jenama IKEA. IKEA cukup terkenal dengan reka bentuk perabot  yang simple tetapi menawan. Namun bukan hendak menceritakan mengenai perabot IKEA, tetapi ingn berkongsi gambar beberapa buah perabot yang berjaya dihasilkan dengan begitu kreatif sekali.






SUDU SERBA GUNA


Sudu yang direka ini memudahkan penggunaan kepada manusia. Sudu ini digunakan untuk membuka tin sama ada tin minuman atau apa-apa saja tin. Sudu yang ringan ini mudah untuk digunakan dan ringan untuk dibawa di mana- mana sahaja. Muncung hadapan yang tajam akan memudahkan untuk mencucuk tin sebelum membuka tin. Sudu yang mesra pengguna ini mempunyai bentuk yang ringkas dan kecil dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana tidak memerlukan ruang yang besar.





KERUSI BERJEMUR YANG UNIK

Kerusi untuk berjemur. Cantik dan unik, diperbuat dari kayu oat dan walnut. Sesuai untuk digunakan berjemur di bawah cahaya matahari di tepi kolam ke pantai. Kerusi ini melengkung dan mengikut bentuk badan manusia. Kerusi yang diperbuat daripada kayu oat dan walnut ini tidak panas untuk digunakan di bawah pancaran matahari. Kerusi yang tahan lama ini juga sesuai untuk semua peringkat umur.



MOTORSIKAL KAYU

Mencipta sesuatu yang bersifat mekanikal dengan menggunakan kayu memang menakjubkan . Ia direka oleh  Istvan Puskas yang berasal dari Hungry yang merupakan pakar dalam bahagian mesin pertanian. Beliau menghabiskan masa 2 tahun untuk menyiapkan motosikal kayu nie. Selain struktur yang diperbuat daripada kayu, Istvan mengunakan tanduk lembu sebagai.  Ekzos dan pemegang, menggunakan tong kayu sebagai tangki minyak dan tanduk rusa sebagai hiasan. Bahagian enjin pulak, Istvan menggunakan enjin lama daripada Fiat yang berasal dari Poland. Motosikal ini yang menggunakan ciptaan kayu ini boleh digunakan untuk menggantikan motosikal pada zaman sekarang.





SURAT KHABAR YANG BOLEH DIMAKAN


Surat khabar yang boleh dimakan merupakan idea pekerja redaksi Metro, sebuah surat khabar yang diterbitkan di England, dan sejumlah ahli makanan benar-benar berpaling dari kebiasaan itu. Keadaan ini dapat  mengatasi pembuangan surat khabar di merata tempat kerana apabila selesai membaca, surat khabar tak perlu dibuang, tetapi terus dimakan saja.

Surat khabar ini dihasilkan menggunakan adunan itu sendiri yang terdiri daripada tepung maizena, minyak sayur, gula arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel. Proses pembuatan dan pencetakan surat khabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlukan waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, surat khabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut dan dapat menarik minat pembaca untuk memakannya.


CAWAN YANG BOLEH DIMAKAN



Bagi sesetengah golongan lelaki adakalanya mereka agak liat untukmembasuh cawan selepas minum secawan air kopi mahupun teh. Hari ini masalah itu boleh diatasi sekiranya mereka boleh mengunakan set cawan biskut yang mana ia boleh dimakan begitu sahaja. Cawan biskut atau lebih dikenali sebagai “The Cookie Cup” ini telah direka oleh seorang pereka yang berasal dari Venezuela iaitu Enrique Luis Sardi dengan usaha sama sebuah syarikat kopi Itali, Lavazza.

Cawan Biskut ini diperbuat daripada pastri yang disalut dengan gula aising, yang berfungsi sebagai penebat yang menjadikancawan tersebut kalis air seterusnya membolehkan anda menggunakan cawan tersebut untuk mengisi air kopi. 














PINGGAN YANG BOLEH DIMAKAN






Pinggan yang boleh dimakan merupakan sesuatu penemuan yang baru oleh  Syarikat Urusan NHI Sdn. Bhd., pemilik syarikat  P. Ramaness selamba memamah pinggan 'pakai buang' organik keluaran syarikatnya sehingga habis. Pinggan ini dapat member banyak kelebihan dan menjadi pinggan yang selamat digunakan oleh pelajar-pelajar tadika atau kanak-kanak yang berusia 5 tahun kebawah.
Menurut beliau, pinggan berbiodegradasi keluaran syarikatnya itu adalah yang pertama di negara ini dan diperbuat daripada ubi kayu dah boleh dimakan dan tidak berbahaya kepada kesihatan manusia terutama kanak-kanak.