Kasut sekarang memang mempunyai pelbagai reka bentuk yang unik dan menarik, sesuai dengan peredaran fesyen masa kini. Kami pernah kongsikanpelbagai jenis kasut yang unik dan menarik contohnya kasut tumit tinggi dengan rekaan yang sangat cantik dan unik ini. Post kali ini kami nak kongsikan gambar kasut yang ada gigi rekaan artis dari British, Mariana Fantich dan Dominic Young. Sangat unik dan menarik rekaan mereka ini geli pun ada.
Jika sebut perabot, adakalanya orang akan terus mengingati jenama IKEA. IKEA cukup terkenal dengan reka bentuk perabot yang simple tetapi menawan. Namun bukan hendak menceritakan mengenai perabot IKEA, tetapi ingn berkongsi gambar beberapa buah perabot yang berjaya dihasilkan dengan begitu kreatif sekali.
Sudu yang direka ini memudahkan penggunaan
kepada manusia. Sudu ini digunakan untuk membuka tin sama ada tin minuman atau
apa-apa saja tin. Sudu yang ringan ini mudah untuk digunakan dan ringan untuk
dibawa di mana- mana sahaja. Muncung hadapan yang tajam akan memudahkan untuk
mencucuk tin sebelum membuka tin. Sudu yang mesra pengguna ini mempunyai bentuk
yang ringkas dan kecil dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana tidak
memerlukan ruang yang besar.
Kerusi untuk berjemur. Cantik dan unik, diperbuat dari kayu oat dan walnut. Sesuai untuk digunakan berjemur di bawah cahaya matahari di tepi kolam ke pantai. Kerusi ini melengkung dan mengikut bentuk badan manusia. Kerusi yang diperbuat daripada kayu oat dan walnut ini tidak panas untuk digunakan di bawah pancaran matahari. Kerusi yang tahan lama ini juga sesuai untuk semua peringkat umur.
Mencipta sesuatu yang bersifat mekanikal dengan menggunakan kayu memang menakjubkan . Ia direka oleh Istvan Puskas yang berasal dari Hungry yang merupakan pakar dalam bahagian mesin pertanian. Beliau menghabiskan masa 2 tahun untuk menyiapkan motosikal kayu nie. Selain struktur yang diperbuat daripada kayu, Istvan mengunakan tanduk lembu sebagai. Ekzos dan pemegang, menggunakan tong kayu sebagai tangki minyak dan tanduk rusa sebagai hiasan. Bahagian enjin pulak, Istvan menggunakan enjin lama daripada Fiat yang berasal dari Poland. Motosikal ini yang menggunakan ciptaan kayu ini boleh digunakan untuk menggantikan motosikal pada zaman sekarang.
Surat khabar yang boleh dimakan merupakan idea pekerja redaksi Metro, sebuah surat khabar yang diterbitkan di England, dan sejumlah ahli makanan benar-benar berpaling dari kebiasaan itu. Keadaan ini dapat mengatasi pembuangan surat khabar di merata tempat kerana apabila selesai membaca, surat khabar tak perlu dibuang, tetapi terus dimakan saja. Surat khabar ini dihasilkan menggunakan adunan itu sendiri yang terdiri daripada tepung maizena, minyak sayur, gula arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas. Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel. Proses pembuatan dan pencetakan surat khabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlukan waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, surat khabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut dan dapat menarik minat pembaca untuk memakannya.